Tuesday, November 24, 2009

Okey3

Baiklah...aku mulakan

  • Pertama.. penutup lensa dah hilang, *oleh abang ijam...jahanam betol orang tua ni.
  • Kedua.. aku ada webcam baru. Jadi, barang siapa yang hobinya webcamnudedancinging, boleh berlawan shuffle dengan aku, ala-ala Aril AF7..Ku ingin dirimu , dekat di hatiku....*macam haram
  • Ketiga..aku sudah obses dengan saxophone...adoi kassim selamat ooo kasim selamat, teringin nak meniup careless whisper..auw...begitu kedi bunyinya nyah
  • Keempat...laptop sudah diformat oleh pelbagai sebab, antara punca adalah penuh dengan Nur Kasih. Asik keluar balloon kasi amaran "Disk (C) anda sedang tenat!!!"
  • Kelima...sedang bergiat membawa Myvi Ezi baru ke hulu ke hilir dengan kelajuan 60 km sahaja.
  • Keenam...teknik animasi autodesk maya tidak langsung berkembang dari masa ke semasa, kerana hanya meluangkan 40 minit sehari, selebihnya membawa Boeing 747-400 dari satu lapangan ke lapangan yang lain.
  • Ketujuh...rumah banyak semut sekarang.
  • Kelapan...mula menyesal sebab tak study masa ambik degree dulu. Tapi kalau ulang balik, aku tetap main jugak...Hahahaha
  • Kesembilan...masih menunggu jawapan....erm...ada tu ada la...
  • Kesepuluh...hari ini...dalam satu minit..aku mampu kentut hingga 13 kali...tahniah
Bravo bravo lavakoto....

Friday, November 6, 2009

Semasa menonton nur kasih



"Mama nak buat akaun facebook la satu"

ujar mama kepadaku


Monday, October 26, 2009

Hm hmm bagus ni

Bukak je blog ni, memula keluar warna kelabu, lepas tu keluar gamba mamat kepala botak terkedek-kedek( sekarang dah ada rambut k). Lepas tu seketol-seketol multimedia box, dut duutt duuttt, aku letak sebab suma orang letak kat blog diorang, ehe.....Lepas tu dah keluar abis dah page ni..(sebab kat bawah browser ni dah tulih DONE). Wah, lama betol, agak satu minit jugak, pc aku dah tak biasa agaknya ngan blog ni, bersawang siap, ada kelawar plak tu, eh...kelawar tu tengah mengawan....

Aku tak mengalami apa-apa yang menarik, menolak mahupun mendesak atau mendengus kebelakangan ni. Suma rutin yang sama dari mula aku dengar "mam subuh mam"......Tu first, ada 2 baki lagi..."mam subuh mam"....dengan nada keras sikit, dan akhirnya "oi taknak semayang ke dah pukul 7"...Aku tengok tingkap dulu, sebab mama selalu pancing kuat. Tapi biasanya memang pukul 7.Tapi tu sebab kalau tidur lambat, kalau tidur awal, biasanya dalam 10 minit selepas isyak (gila awal bai), akan kedengaran pulak ayat ni "maa subuh ma"...eheh...Tak mungkin...Kakakakaka

Boleh dikatakan banyak yang berubah semenjak duduk rumah ni. Dulu tiap-tiap hari naik motor, sekarang tiap-tiap hari naik kereta sport. Saga neo aku menjeling, menunggu dijemput ilahi je tu, radio dia aku dah cabut dengan cara paksa..Cabut radio dengan harapan dapat tukar radio, sebab sound radio saga neo ni sedap sikit, bass dia ada kuat sikit. Sekali bukan main payah lagi nak cabut. Tarik punya tarik, prap!!! Robek kot...Lobos sudah corong radio kereta tu. *Hati-hati jika menarik apa-apa di mana-mana. Elakkan buny prapp....Selain tu, kamera aku dah berabuk, termasuklah kamera baru, tak sampai sebulan dah berabuk, sebab aku saje taburkan habuk-habuk ke arah mereka, jadi kalau mama aku tengok kamera berabuk mungkin dia akan anggap anak dia dah berubah ke arah suka memasak, mengemas dan juga menggubah bunga sambil berpoco-poco barangkali..

Pastikan anak anda membuat aktiviti mengikut genetik jantinanya...Tak kuasa mak

Saturday, October 10, 2009

innocent bukan bermaksud tak bersalah



rindu ya amat nya masa ni
mesti bau tarbaek sbb 3 hari x mandi

Monday, October 5, 2009

Dan lagi dan lagi

Elaun semasa bernilai rm500 yang boleh dikakatan mewah bagi penganggur mendesak aku untuk mendesak rakan bagi program-program multi level marketing atau MLM lebih popular di kalangan mereka yang teringin nak kaya dengan hulur rm10 esok dapat rm15. Aku desak punya desak punya desak sama ini kawan, last-last aku beli camera baru. Hahahaha..ending yang diinterpritasikan sebagai bicycle kick semasa menjaringkan gol...(oleh walcott).

Kali ini...lebih dalam dan pedih...(lagu Awie)...??? Pagi lepas subuh walaupun tidur lambat aku susah nak lelap balik sebab dah terjaga. Bukak internet, tengok gambar kereta, gambar permandangan, gambar bog...boganvila, entah macam mana terbukak mudah.my nampak camera harga rm300 dengan 2 jenis lens sketol flash (x functional ponn) dan sbuah slr film canon eos 500N. "Abangggg...abanggg dah jual kew camerew tue?? Alaa banggg, taye nakkk...nak camerewww....", dan aku sent msg kat brader tu. Lambat sangat dia reply, baru kahwin biasalah...aiceh

Aku tak berniat untuk menulis panjang (macam selama ni panjang plak), so...selamat hari raya maaf zahir batin dari aku..

p.s : Bila aku nak posa 6 ni...

Sunday, September 27, 2009

Aaarrggghhh....career conflict

Monday, September 21, 2009

Sebab tu la namanya hari raya

Dah menjadi rutin kami (jantan bujang) masa malam raya pergi ampangan. Buat apa? Tengok awek terjuih-juih...Astaghfirullah. Tengok baju, seluar la. Soping raya la. Tapi tahun ni, tak ada apa yang baru, asik seluar jeans levis yang keras nak mampos, baju polo yang entah line kotak-kotak jalu-jalur kaler sebut sahaja nak apa, lagi satu tak ketinggalan, mesti la tudung bawal..hahahaha (mau aku kena luku kalau mak beruang baca ni).

Ahah..lupa, ada satu lagi yang baru, iaitu kasut crocs. Sekarang semua mampu pakai crocs bai. Kalau Air Aisia, now everybody can fly/flew, sekarang, now everybody can crocs ke agaknya. Lima meter dari orang jual crocs, kau dah boleh bau dah dia punya getah-getah dia macam bau ketiak ala-ala baru balik main badminton, tak pakai deodoren+baju curik kat ampaian yang tak berapa kering...eeuuww...oh my gosh

Tapi siang sebelum malam raya tu, aku dah pergi soping kat terminal 1, tak pernah dalam seumur hidup aku soping rayo kat terminal 1, sebab yang soping situ adalah golongan mat rempit + geng buluh runcing + geng "mau minum apa adekk"..Rupanya dah banyak jugak kedai cina yang jual baju-baju ala topman tapi RM50 dua helai kat sana eh. Tak agak-agak aku untuk borong tujuh helai........

Tipu je la
Ehe..

Hari raya tahun ni adalah hari raya raya aku yang paling bergaya, sebab dah empat tahun takde baju raya, tapi sembahyang raya atas lantai sebelah selipar-selipar sebab datang lambat pukul 8.30...Aiyoyo amma acci taro kutipai telemapa yillek...Ramai sungguh manusia sembahyang raya mengalahkan sembahyang jumaat. Terawih jangan citer. Maka berdoyon-doyon mat-mat kulit hitam yang berbaju striking dari kolej Lagenda (sekarang dah Universiti Teknologi Lagenda kottt) datang nak menunaikan solat raya yang mungkin berkata "yo mann, hepi eid mann, no o o no women no o o cry mann" ala-ala Bob Marley.

Dari dulu, budaya geng "mau minum apa dekk" memang menarik perhatian aku. Sunnah yang mereka pegang ni memang tobat lahum orang melayu nak buat. Setiap kali hari raya, bila dia jumpa geng dia, maka mereka akan cakap serentak "adek mau minum apa".....Ahahaha..KEPALA KO...

Apa yang diorang buat, adalah berpelukan, bersilang pipi/ kepala 3 kali, dan bersalaman, dan berdialog raya, kompem la aku tak faham bahasa bangla diorang tu. Mungkin kalau aku tafsirkan.."Huk aloh demo lo ni kijo mano...kawe kijo restoren rest 2 depe sikik dari sejik ni"...agaknya la. Tapi terpancar keakraban, sillaturrahim yang kuat sesama mereka. Kalau aku yang Islam ni boleh nampak perkara tu, apa kata kita buat untuk tunjukkan pada yang non-halal...silap, non-muslim, yang kita ni akrab sesama Islam.

Ofkos la aku tak buat kat mak beruang...kang ada jugak berpuluh-puluh kali asik nak bersilang pipi je semata nak menunjukkan keakraban kami kang..

Hahahahaha hari raya
Maaf zahir batin buat pembaca setia.....dan curang


Monday, September 14, 2009

Beruang mengawan